1. Menyempatkan masa untuk beribadah kepada Allah ,
di tempat kerja misalnya, walau dalam keadaan sibuk sekalipun, carilah
masa untuk diluangkan beribadah kepada Allah. Kerana maksud firman Allah
dalam hadis qudsi "Wahai
anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu
kaya dan menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan
al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
2. Memperbanyakkan istighfar memohon
kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah boleh
menjadi sebab Allah jadi bertambah kasih kepada kita. Sabda Nabi S.A.W. "
Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
3. Meninggalkan perbuatan dosa, kerana istighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa. Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat At-Tirmizi)
4. Banyak ingat Allah,
inilah sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah janjikan dalam
firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa, kerana dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa
berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan
memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan
al-Hakim) Sabda Rasulullah lagi : “Apabila
hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah, seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Menyampaikan hajat orang lain, sekadar mana yang termampu. Allah akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita. Sabda Rasulullah S.A.W: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ada
hadis yang menganjurkan berselawat jika mahu hajat kita tertunai kerana
selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran
serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya
kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan
jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula
boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit
rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi -Menurut
Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik
selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat, petua orang
tua-tua pun sering mengatakan kalau selalu bangun lambat rezeki payah
nak masuk.
11. Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda: “Barang
siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka
hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk, maksud sabda Rasulullah “Sentiasalah
berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan
rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Sedekah, Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai
Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang
dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Amalan Solat Tahajud, antara faktor doa yang mustajab, air muka yang jernih dan mudah di sukai orang
15. Amalan Solat Dhuha, maksud firman Allah dalam hadis qudsi yang berbunyi “Wahai
anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat
pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan
keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Syukur di atas segala pemberian Allah, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
16. Syukur di atas segala pemberian Allah, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki, contohnya dua
ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara
konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi
sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada banyak lagi
ayat-ayat mustajab lain, cari buku-buku yang berkaitan dan amalkan
ayat-ayat tersebut secara konsisten dan penuh keikhlasan
18. Sentiasa berdoa kepada Allah,
tidak kira diwaktu susah mahupun senang, sekiranya masa senang pun kita
rajin berdoa, insyaAllah ketika susah pun Allah akan beri perhatian
terhadap doa kita
19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah
20. Bertawakal, berserah semata-semata kepada Allah setelah berusaha, maksud firman Allah : “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya
kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu
diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan
petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

No comments:
Post a Comment