Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan
sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan
supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.
Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis
perniagaan mereka, dengan harapan supaya
perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk
dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika
kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu
supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul
untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan
bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.
Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan,
tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus
dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000
dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita
selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita
baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak
bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan
ayat 1000 dinar.
sumber : wanmus.com
No comments:
Post a Comment